6 Perkara
yang Anda Perlu Lakukan Sebelum Memiliki Mailing List Sendiri
Pastinya anda pernah mendengar ungkapan “the money
is in the list” bukan? Terutama sekali jika anda telah lama berkecimpung dalam
dunia perniagaan internet ini. Sekarang mari kita bersama-sama pelajari
bagaimana untuk membina mailing list sendiri.
1. Perkara
pertama yang anda patut ada ialah domain name. Anda boleh mendapatkan domain
name ini melalui mana-mana syarikat yang menyediakan perkhidmatan ini seperti
Godaddy atau NameCheap.
2. Selain
itu anda juga perlukan akaun hosting jika anda belum memilikinya. Anda boleh
memilih hosting daripada syarikat tempatan ataupun luar negara. Cuma anda perlu
bijak memilih untuk kesesuaian dan keselesaan anda. Sekiranya anda mampu, anda
boleh mendapatkan perkhidmatan hosting dari Hostgator yang memakan kos kurang
dari $10/sebulan.
3. Malah
anda juga memerlukan perkhidmatan autoresponder kerana tanpa perkhidmatan ini
anda tidak mampu untuk menguruskan dan
menghantar email kepada subscriber anda secara professional dan kemas. Antara
penyedia perkhidmatan autoresponder yang terkenal ialah Aweber dan GetResponse.
Kebiasaannya, para usahawan internet menggunakan perkhidmatan dari dua syarikat
ini kerana servis yang mereka berikan adalah antara yang terbaik dalam kelas
mereka.
4.
Sekarang anda perlu memikirkan bagaimana untuk menarik perhatian orang diluar
sana mendaftar sebagai subscriber anda. Apakah yang akan menyebabkan mereka
tertarik untuk menjadi subscriber anda? Salah satu teknik yang popular dan
selalu digunakan ialah dengan memberikan sesuatu yang percuma. Siapa yang tak
mahu barangan percumakan? Jadi anda boleh menyediakan ebook-ebook percuma,
ataupun anda sendiri menulis satu laporan ringkas yang istimewa untuk
subscriber anda.
5. Setelah
anda selesai dengan semua perkara-perkara diatas, anda perlu mendirikan satu
page dimana para pelawat anda boleh meninggalkan nama dan alamat email mereka.
Page ini lebih dikenali sebagai squeeze page dimana fungsinya adalah untuk
mendapatkan alamat email pelawat anda. Malah pada page ini tidak perlu ada link
lain kecuali link untuk hantar.
6.
Seterusnya anda perlu menyediakan satu Thank You page. Setelah pelawat anda
selesai mendaftar sebagai subscriber anda, mereka akan dibawa ke page ini untuk
mendapatkan produk percuma yang telah anda tawarkan.