Anda
seorang yang bercita-cita untuk menjadi seorang usahawan yang Berjaya? Tapi
semua perkara yang anda lakukan seperti sia-sia sahaja kerana semuanya tidak
menjadi. Di manakah silapnya? Adakah anda sendiri tahu dimanakah silapnya? Jika
kita ditanya, siapakah yang mahukan kejayaan? Sudah tentu semua orang inginkan
kejayaan. Tetapi, mengapa kebanyakan daripada mereka sentiasa gagal untuk
mencapai sesuatu kejayaan itu?
Adakah
anda tahu?
Usahawan-usahawan yang Berjaya itu adalah seorang usahawan
yang sentiasa berfikir untuk mencapai matlamat yang telah disasarkan dan
memperolehi kejayaan. Usahawan Berjaya juga memerlukan daya minda seorang
jutawan. Minda jutawan adalah minda usahawan yang berjaya
Apakah
dia sifat dan elemen yang perlu ada pada diri seorang usahawan?
Apabila
diterjemahkan kepada praktis perniagaan sebenar, nilai keusahawanan ini boleh
diukur dari keberanian pengusaha untuk berpisah dengan simpanan atau wang
pinjaman untuk melaksanakan idea dan impian yang jauh ke hadapan. Usahawan
sentiasa berupaya mencari dan merebut peluang seterusnya melaksana dengan
jayanya. Ini mungin berasaskan pada satu kebolehan luar biasa fikiran untuk
mengikut naluri yang positif.
Seorang
usahawan yang Berjaya adalah usahawan yang rajin bekerja, berpengetahuan luas
dalam bidang yang diceburi. Mereka ini juga sangat tekun dan tidak mudah
berputus asa untuk melakukan sesuatu. Kegagalan adalah guru kepada mereka. Dan
kegagalan lah yang akan mengajar mereka untuk terus Berjaya. Jika sesaorang itu
berniaga untuk mencari rezeki, maka lebih mudah untuknya beroleh kejayaan.

No comments:
Post a Comment