Thursday, 3 July 2014

6 Perkara yang Anda Perlu Lakukan Sebelum Memiliki Mailing List Sendiri

Pastinya anda pernah mendengar ungkapan “the money is in the list” bukan? Terutama sekali jika anda telah lama berkecimpung dalam dunia perniagaan internet ini. Sekarang mari kita bersama-sama pelajari bagaimana untuk membina mailing list sendiri.

1. Perkara pertama yang anda patut ada ialah domain name. Anda boleh mendapatkan domain name ini melalui mana-mana syarikat yang menyediakan perkhidmatan ini seperti Godaddy atau NameCheap.

2. Selain itu anda juga perlukan akaun hosting jika anda belum memilikinya. Anda boleh memilih hosting daripada syarikat tempatan ataupun luar negara. Cuma anda perlu bijak memilih untuk kesesuaian dan keselesaan anda. Sekiranya anda mampu, anda boleh mendapatkan perkhidmatan hosting dari Hostgator yang memakan kos kurang dari $10/sebulan.

3. Malah anda juga memerlukan perkhidmatan autoresponder kerana tanpa perkhidmatan ini anda tidak mampu  untuk menguruskan dan menghantar email kepada subscriber anda secara professional dan kemas. Antara penyedia perkhidmatan autoresponder yang terkenal ialah Aweber dan GetResponse. Kebiasaannya, para usahawan internet menggunakan perkhidmatan dari dua syarikat ini kerana servis yang mereka berikan adalah antara yang terbaik dalam kelas mereka.

4. Sekarang anda perlu memikirkan bagaimana untuk menarik perhatian orang diluar sana mendaftar sebagai subscriber anda. Apakah yang akan menyebabkan mereka tertarik untuk menjadi subscriber anda? Salah satu teknik yang popular dan selalu digunakan ialah dengan memberikan sesuatu yang percuma. Siapa yang tak mahu barangan percumakan? Jadi anda boleh menyediakan ebook-ebook percuma, ataupun anda sendiri menulis satu laporan ringkas yang istimewa untuk subscriber anda.


5. Setelah anda selesai dengan semua perkara-perkara diatas, anda perlu mendirikan satu page dimana para pelawat anda boleh meninggalkan nama dan alamat email mereka. Page ini lebih dikenali sebagai squeeze page dimana fungsinya adalah untuk mendapatkan alamat email pelawat anda. Malah pada page ini tidak perlu ada link lain kecuali link untuk hantar.


6. Seterusnya anda perlu menyediakan satu Thank You page. Setelah pelawat anda selesai mendaftar sebagai subscriber anda, mereka akan dibawa ke page ini untuk mendapatkan produk percuma yang telah anda tawarkan.

No comments:

Post a Comment

!-- MmkTricks.blogspot.Com Likebox Pro FBFan Code Start -->